Friday, July 30, 2010

Tiket perjalanan percuma



BUTIR-BUTIR DIRI
Nama Sebenar : Hamba Allah
Gelaran : Insan
Asal : Tanah
Alamat : Bumi

MAKLUMAT PERJALANAN
Tempat berlepas : Kehidupan fana di dunia
Destinasi : Alam akhirat yg abadi
Tempoh perjalanan: Seketika dan beberapa meter dari perut bumi
Masa berlepas: Ketika Malaikat Maut menjemput
Masa pendaftaran : Ketika dan selepas nyawa dicabut
Bentuk tempahan : Tetap, pasti, mesti dan tidak boleh berubah

SYARAT PERJALANAN
~ Ditujukan kepada semua penumpang, Sila beri perhatian, kerana anda akan memulakan perjalanan anda pada bila-bila masa
~Bagi penumpang yg masih belum jelas, sila dapatkan maklumat lanjut dari dalam Al-Quran dan hadith. Sebarang masalah yang dihadapi hendaklah dirujuk kepada para alim ulama dan cendikiawan.

KEPERLUAN
~kain kafan
~Kapas putih secukupnya

MUATAN LAIN YANG DIPERLUKAN
~Amal soleh
~Sedekah jariah
~Doa anak-anak yang soleh
~Ilmu yang dimanfaatkan

ULANGAN
Tempahan perjalanan adalah satu hala, tetap dan pasti. Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang kepada kami menabur bakti dan khidmat kepada anda. Semoga anda gembira dengan perjalanan ini, sesuai dengan firman Allah yg bermaksud:
Barangsiapa yg mengharapkan perjumpaan yg baik terhadap Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amalan baik. Jangan pula mensyirikkan Allah dengan sesiapapun

Adakah kita sudah bersedia dengan semua ini??
Macam mana dengan amalan kita selama ini??
Adakah ia mencukupi??
Moga-moga kita di kalangan orang beriman di janjikan Allah,Amin..

SIAPA GURU ?


Guru?
“ Jadi guru? Taknak lah. Baik saya jadi Doktor, peguam , jurutera atau bisnesman. Kerja-kerja itu lagi untung. Duit pun banyak. Jadi guru susah nak kaya tapi boleh hidup sederhana saja ”. Mungkin itulah kata-kata atau seumpamanya yang pernah kita dengar . Guru memang tidak kaya dengan harta tapi mereka kaya dengan pelajar. Kaya dengan ganjaran pahala. Kaya dengan nasihat. Kaya dengan kasih sayang. Kaya dengan pengorbanan. Kaya dengan jasa. Kaya dengan usaha. Kaya dengan duka dan lara. Kaya dengan pelajar yang kaya. Apa yang guru mahu? Apa saja dilakukannya asalkan pelajarnya menjadi seorang insan. Insan yang dimaksudkan di sini adalah insan yang kamil atau sempurna dari segala aspek.

Jasa seorang ibu..

Semasa kita berumur 1 tahun, Ibu menyuap kita makan dan memandikan kita. Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam. 
Semasa kita berumur 3 tahun, Ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita. Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai. 
Semasa kita berumur 4 tahun, Ibu membelikan kita crayon. Kita membalas budinya dengan menconteng dinding di rumah. 
Semasa kita berumur 5 tahun, Ibu membelikan kita baju baru untuk Hari Raya. Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak. 
Apabila kita berumur 7 tahun, Ibu menghantar kita ke sekolah. Kita membalas budinya dengan menjerit, "SAYA TAK MAHU PERGI SEKOLAH." 
Semasa kita berumur 10 tahun, Ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, membawa kita shopping, menghantar kita ke rumah kawan dan sebagainya. Kita tidak langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih, setiap kali Ibu menghantar kita. 
Apabila kita berumur 11 tahun, Ibu membelikan kita sebiji bola sepak. Kita membalas budi Ibu, dengan menendang bola dan memecahkan cermin tingkap rumah jiran kita. 
Semasa kita berumur 12 tahun, Ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak menonton TV. Kita membalas budi Ibu dengan asyik menonton TV, sebaik sahaja Ibu keluar dari rumah. 
Apabila kita berumur 13 tahun, Ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan. Kita membalas budi Ibu dengan berkata bahawa Ibu tak ada "TASTE." 
Apabila kita berumur 16 tahun, Ibu inginkan dakapan setelah penat dan baru balik bekerja sehari suntuk. Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita dan bersendirian di dalam bilik. 
Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, Ibu menangis gembira. Kita membalas budi Ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam, kerana enjoy & celebrate dengan kawan-kawan. 
Apabila kita berumur 19 tahun Ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar kita ke universiti, mengangkat beg kita dengan kasih sayang, sampai ke hostel kita. Kita membalas budi Ibu, dengan bersalaman dengan Ibu di luar dorm, takut malu dilihat kawan-kawan. 
Apabila kita berumur 20 tahun, Ibu bertanya dengan rasa prihatin kita ada boyfriend/girlfriend ke? Kita membalas budi Ibu dengan berkata --- " Ibu ni kepohlah!!" 
Apabila kita berumur 21 tahun, Ibu bertanya apa cita-cita kita. Kita membalas budi Ibu dengan berkata, "saya tak mahu jadi macam ibu!!" 
Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal dirumah sendiri - Ibu membelikan baju untuk kita memulakan kerja baru. Kita membalas budi Ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu tidak cantik kerana Ibu yang belikan. 
Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumahtangga - Ibu menangis gembira dan berkata betapa Ibu kasih dan sayang pada kita. Kita membalas budi Ibu dengan berpindah 300 kilometer jauh dari Ibu. 
Apabila kita berumur 27 tahun, Ibu menelefon dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi, anak kita. Kita membalas budi Ibu dengan berkata, "Zaman sekarang lain Ibu..!!!!" 
Apabila kita berumur 40 tahun, Ibu menelefon dan memaklumkan majlis kenduri di kampung. Kita membalas budi Ibu, dengan berkata - "saya sibuk!!!!" 
Apabila kita berumur 50 tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang. Kita membalas budi Ibu dengan datang melawat Ibu sekali dengan membawa sedikit buah apple dan merungut tentang kesibukan bekerja dan terpaksa balik segera. 
Dan kemudian, pada suatu hari, Ibu meninggal dunia. Dan tidaklah kita sempat untuk membalas segala jasa-jasa Ibu. Ingat, selagi Ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah Ibu dan jika Ibu sudah meninggal dunia, ingatlah jasa ibu.

Thursday, July 29, 2010

siapakah kita..??

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
dan dosa-dosa yang silam disulami denga taubat kepada Dzat yang
memiliki mu"


Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu
solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi
Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa
musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu
sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil
mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan
tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada
sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan
namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang
baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati
membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan
saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak
membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga
kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk
menghindari siksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini
begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org
lain.